MASALAH YANG TIMBUL AKIBAT TIADA SISTEM MASJID DIWUJUDKAN UNTUK ASET SUMBER HARTA E-MASJID
14/May/2024
Pengurusan sumber yang lemah Tanpa sistem kawalan aset, mungkin pengurusan sumber aset-aset jadi huru hara. Sejadah, Al-Quran, perabot dan sistem audio boleh hilang semudah itu. Ini juga akan buang masa dan tenaga untuk mencari barang yang dikehendaki.
Jadual penyelenggaraan tak tetap Kemudahan dan peralatan masjid mesti diselenggara secara berkala supaya ia kekal berfungsi. Ini boleh mengakibatkan kerosakan yang tidak dijangka dan menganggu kelancaran aktiviti masjid.
Jangka hayat aset menurun Sekiranya tiada pendekatan sistematik untuk menjejaki jadual penyelenggaraan, aset berkemungkinan merosot lebih cepat, membawa kepada kos pembaikan dan penggantian yang lebih tinggi.
Keselamatan aset tergugat Masjid selalu letak barangan berharga seperti alatan elektronik dan tabung sumbangan. Kekurangan pengawasan ini meningkatkan risiko kecurian dan kehilangan, kerana tiada cara yang berkesan untuk memantau pergerakan dan penggunaan aset. Sistem kawalan aset membantu mengenal pasti item yang hilang dengan cepat.
Bajet dan pengurusan yang tidak cekap Masjid mungkin menghadapi perbelanjaan yang tidak terkawal disebabkan pembaikan, penggantian atau pembelian yang tidak perlu. Ini boleh membawa kepada keputusan kewangan buruk yang menjejaskan bajet masjid dan sumber peruntukan.
Laporan yang tidak efisien Laporan penting untuk ketelusan dan akauntabiliti, terutamanya apabila menguruskan derma dan aset berharga lain. Tanpa sistem kawalan aset, laporan masjid boleh terdedah dengan kesilapan. Ini akan sukarkan lagi untuk salurkan maklumat yang tepat pada pihak tertentu.
by:
marketing
|