Zoom

MASALAH YANG TIMBUL AKIBAT TIADA SISTEM MASJID DIWUJUDKAN UNTUK ASET SUMBER HARTA E-MASJID

14/May/2024
Pengurusan sumber yang lemah
Tanpa sistem kawalan aset, mungkin pengurusan sumber aset-aset jadi huru hara. Sejadah, Al-Quran, perabot dan sistem audio boleh hilang semudah itu. Ini juga akan buang masa dan tenaga untuk mencari barang yang dikehendaki.


Jadual penyelenggaraan tak tetap
Kemudahan dan peralatan masjid mesti diselenggara secara berkala supaya ia kekal berfungsi. Ini boleh mengakibatkan kerosakan yang tidak dijangka dan menganggu kelancaran aktiviti masjid.


Jangka hayat aset menurun
Sekiranya tiada pendekatan sistematik untuk menjejaki jadual penyelenggaraan, aset berkemungkinan merosot lebih cepat, membawa kepada kos pembaikan dan penggantian yang lebih tinggi.


Keselamatan aset tergugat
Masjid selalu letak barangan berharga seperti alatan elektronik dan tabung sumbangan. Kekurangan pengawasan ini meningkatkan risiko kecurian dan kehilangan, kerana tiada cara yang berkesan untuk memantau pergerakan dan penggunaan aset. Sistem kawalan aset membantu mengenal pasti item yang hilang dengan cepat.


Bajet dan pengurusan yang tidak cekap
Masjid mungkin menghadapi perbelanjaan yang tidak terkawal disebabkan pembaikan, penggantian atau pembelian yang tidak perlu. Ini boleh membawa kepada keputusan kewangan buruk yang menjejaskan bajet masjid dan sumber peruntukan.


Laporan yang tidak efisien
Laporan penting untuk ketelusan dan akauntabiliti, terutamanya apabila menguruskan derma dan aset berharga lain. Tanpa sistem kawalan aset, laporan masjid boleh terdedah dengan kesilapan. Ini akan sukarkan lagi untuk salurkan maklumat yang tepat pada pihak tertentu.













by: marketing
Date 
Icon 
Title 
14/May/2024IconE-MASJID JENIS SUMBER ASET ASET HARTA SISTEM KAWALAN MASJID
14/May/2024IconE-Masjid Sistem Perisian Kawalan Aset Masjid (Asset Tracking Software)
Related Products
No data to display